Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Pablo Amirul kini sah bergelar suami kepada pakar estetik, Dr. Hana Rose selepas selamat disatukan dalam majlis pernikahan yang berlangsung pukul 12.30 tengah hari, hari ini.
Pasangan terbabit dinikahkan bapa Dr. Hana sebagai wali iaitu Datuk Seri Dr. Hasrul Sani dan jurunikah Ustaz Syed Abdullah dengan disaksikan abang kepada pengantin perempuan, Datuk Dr. Awang Faisal.
Pablo atau nama sebenar, Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 41, menyerahkan wang tunai sebanyak RM800, peralatan solat dan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin, manakala hantaran dirahsiakan.
Majlis pernikahan yang diadakan di The Dove Hall Kuala Lumpur itu turut dihadiri rakan artis termasuk Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ellie Suriaty dan Chacha Maembong.
Sebelum ini, pelakon filem Air Force The Movie itu berkongsi gambar pra perkahwinan bersama kad undangan maya yang dikongsikan dalam laman sosial.
Tidak menyembunyikan hubungan dengan wanita pilihan hatinya itu, percintaan mereka mula terjalin sejak Mac tahun lalu.
Dalam satu temu bual, dia mengakui bukan saja selesa akrab dengan Dr. Hana Rose, bahkan bersyukur hubungan mereka turut direstui keluarga masing-masing. – KOSMO! ONLINE
The post Sekali lafaz, Pablo Amirul kini suami Dr. Hana appeared first on Kosmo Digital.