Auto Added by WPeMatico

MESKIPUN sering dilihat bersama, pelakon Niezam Zaidi enggan memutuskan status perhubungannya dengan aktres Fify Azmi.
Bagi Niezam atau nama penuhnya, Mohd. Niezam Mohd. Zaidi, 33, spekulasi yang timbul hanyalah anggapan orang luar sedangkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.
“Netizen sahaja yang kecoh, kami okey saja. Bagi saya tak perlu nak jelaskan apa-apa pun.
“Bila saya cakap kami partner (pasangan), maksudnya partner saja,” katanya kepada Kosmo! Online pada Malam Gala Tembuni Berdarah, semalam.
Pada masa sama, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu mengakui ada perancangan membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya selain memohon doa dipermudahkan.
“Macam biasa saja sekarang. Tiada orang jalinkan hubungan istimewa untuk putus di tengah jalan, semua nak berakhir dengan perkahwinan.
“Kami cuma ‘follow the flow’ (ikut keadaan). Pada masa sama, perancangan itu ada, cuma semoga apa yang dirancang dipermudahan segala urusan,” ujarnya.
Pada Jun lalu, Fify mengesahkan hubungan cintanya bersama Niezam sudah berakhir.
Namun begitu, Niezam menimbulkan tanda tanya apabila memaparkan gambar Fify bertudung sebagai latar skrin telefonnya dalam sebuah video TikTok.
Dalam perkembangan lain, Niezam bakal tampil dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Tembuni Berdarah yang bakal ditayangkan pada 25 September depan.
Selain Niezam, filem arahan Dr. Ahmad Idham turut dibintangi Sophia Albarakbah, Khatijah Tan, Sharifah Shahora dan Riezman Khuzaimi. – HIBGLAM
The post ‘Netizen saja kecoh, kami okey’ – Niezam enggan perjelas status dengan Fify appeared first on HibGlam.