Auto Added by WPeMatico

KELUARGA semakin membesar, pelakon Izara Aishah kini hamil cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu dikongsi jenama fesyen terkenal, Shawl Publika yang memuat naik gambar koleksi terbaharu busana Syawal menampilkan aktres terbabit.
Izara kini sedang hamil anak nombor tiga. Tahniah.
“Kolaborasi tahun ini sangat istimewa kerana kita dapat muse yang hamil,” jelas hantaran di Instagram jenama itu.
Perkongsian tersebut juga memberi bayangan buat semua ibu hamil agar tidak perlu bimbang untuk bergaya sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Ini membuktikan semua ibu jangan risau, walaupun hamil tetapi boleh muat dan cantik di pagi raya,”” ujarnya.
Untuk rekod, Izara atau nama lengkapnya Izara Aishah Hisham, 34, mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalia pada 17 November 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun. – HIBGLAM