Auto Added by WPeMatico

PELAKON Datin Atikah Suhaime sering berasakan diri sendiri tidak secantik wanita lain namun perkara itu ‘dipatahkan’ suami tersayang, Datuk Lokman Teh.
Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, berkata, dia mula menyedari bahawa kata-kata mampu mengubah kehidupan seseorang.
“Saya baru sedar yang saya selalu cakap diri saya buruk sampai suami saya tegur kenapa perlu cakap diri sendiri buruk?
Saya sedar kata-kata kita main peranan harian. Bila saya mula puji diri sendiri cantik, bermulalah nak melawa pakai cantik-cantik.
“Tapi bila asyik cakap diri sendiri buruk, gemuk, maka buruklah jadinya,” katanya dalam hantaran Instagram.
Pada masa sama, anak jati Singapura itu menasihati orang lain agar sentiasa memuji diri sendiri terlebih dahulu sebelum melakukan perkara tersebut kepada individu sekeliling
“Mak-mak selalu cakap kata-kata adalah doa. Jadi, pujilah diri sendiri sebelum puji orang lain dulu.
Menjengah ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata positif selain menceritakan berhadapan pengalaman sama.
“Sebenarnya, normal untuk ibu. Saya tiga kali beranak, tiga kali juga rasa tak cantik tetapi bila anak-anak dah besar, baru kurang rasa ‘insecure’,” ujar peminat.
Sama, sejak anak lapan bulan saya selalu cakap diri saya gemuk, hodoh dan buruk sampai suami tegur kenapa selalu cakap begitu,” ujar pengikut.
“Kita tak perlu tunggu orang puji kita cantik, kita yang kena mula puji diri sendiri dahulu,” tutur peminat lain.
Atikah antara selebriti yang aktif berkongsi rutin harian keluarganya dalam media sosial terutama sejak mendirikan rumah tangga. – HIBGLAM
The post ‘Bila puji diri cantik, rasa nak melawa’ appeared first on HibGlam.