Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan jumlah kerugian direkodkan sebanyak RM47.74 juta sejak Januari hingga kini, berbanding RM33.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyatakan bahawa peningkatan saban tahun jenayah ini adalah satu situasi serius dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berwajib, khususnya polis dan agensi berkaitan.
“Ini merupakan satu cabaran. Saya berharap pihak polis dapat bekerjasama dengan masyarakat melalui kempen kesedaran untuk membendung jenayah ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024 di Seremban di sini, hari ini.
Menurut beliau, penipuan dalam talian mencatat 82 peratus daripada keseluruhan kes jenayah komersial.
” Antara jenis penipuan yang paling banyak dilaporkan termasuklah penipuan telekomunikasi sebanyak 480 kes, penipuan pembelian dalam talian (248), pelaburan tidak wujud (208), pinjaman tidak wujud (151) dan love atau parcel scam (22),”katanya.-KOSMO! ONLINE
The post RM47.74 juta ‘lesap’ akibat penipuan di Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Digital.