Auto Added by WPeMatico

TALLAHASSEE, FLORIDA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan seekor aligator melarikan kasut seorang wanita, lapor portal berita MailOnline.
Rakaman video itu dimuat naik di platform TikTok oleh seorang wanita bernama Sarah Louise Martin.
Dalam video tersebut, Sarah merakam gerak-geri reptilia itu yang menghendap sekawan rusa di tepi sebuah tasik di bandar Kissimmee, negeri Florida, baru-baru ini.
Ketika aligator itu merangkak perlahan-lahan ke arah kawanan rusa tersebut, seorang wanita lain muncul dari tepi belukar lalu membaling kedua-dua kasutnya ke arah reptilia itu.
Ia membuatkan aligator tersebut berpatah balik ke arah tasik sebelum haiwan itu sekali lagi dilempar dengan kasut.
Kali ini, reptilia itu menggigit kasut tersebut lalu melarikan diri ke dalam tasik.
“Ambil dan gigit! Bawa lari kasut itu. Itu hukumannya kerana membaling kasut,” kata Sarah dalam klip video tersebut. – AGENSI
The post Aligator larikan kasut wanita selepas kena baling appeared first on Kosmo Digital.