Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Satu klip video tular di Grobogan, wilayah Jawa Tengah memaparkan seorang pegawai polis ditangkap menjalinkan hubungan intim oleh isterinya dengan seorang wanita yang sudah bercerai, lapor portal berita iNews.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan si isteri dikenali sebagai DW memecahkan pintu lalu memasuki sebuah rumah kedai sambil ditemani seorang peguam dan dua pegawai polis.
Dia terkejut apabila mendapati suaminya berdua-duaan dengan wanita lain.
Difahamkan, suami DW ialah seorang inspektor dari Jabatan Polis Grobogan.
Peguam DW, Zainal Abidin Petir berkata, insiden itu telah dilaporkan kepada polis wilayah jawa tengah.
“Anggota polis Grobogan telah dikenakan tindakan kerana melanggar etika bekerja. Dia akan dikenakan tindakan yang merangkumi penurunan pangkat selama 10 tahun dan penempatan khas untuk 30 hari,” kata Zainal. – AGENSI
The post Isteri tangkap polis tidur dengan bekas isteri orang appeared first on Kosmo Digital.