Auto Added by WPeMatico

PELAWAK Yassin Senario akhirnya membuka mulut menceritakan detik hitam ketika ditahan di Jeddah, Arab Saudi selama enam bulan sebelum dibebaskan minggu lalu.
Yassin atau nama sebenarnya Yassin Yahya, 47 berkata, penahanannya tiada kaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti didakwa, sebaliknya berpunca daripada barangan peribadi yang disalah erti pihak berkuasa Arab Saudi.
“Saya menaiki penerbangan lapan jam ke Jeddah. Sebelum berlepas, saya terfikir bagaimana nak merokok di sana. Jadi saya beli rokok kertas, ‘grinder’ dan sekotak rokok di lapangan terbang.
Sampai di Jeddah, beg saya diimbas ketika transit ke Madinah. Kastam nampak sesuatu dan arahkan buka beg. Dia pegang ‘grinder’ yang ada lambang mencurigakan, terus mereka selongkar semua.
“Saya cakap, ini rokok, kalau ragu-ragu boleh buat ujian air kencing. Saya suruh mutawif tinggalkan saya sebab mereka nak kejar penerbangan. Tapi saya dibawa ke bilik soal siasat,” katanya dalam podcast Darkcast bersama Saiful Apek yang disiarkan semalam.
Tambah pelakon filem Duyung itu, dia ke Tanah Suci selepas menerima tajaan menunaikan umrah bersama 24 artis veteran lain.
Saya teruja dan fikir inilah waktunya. Saya ada job, tapi bila fikir balik, ini peluang yang saya tunggu. Saya tanya isteri dan mak. Mak kata baru semalam dia doa agar salah seorang anak dapat pergi umrah. Saya rasa ini petanda.
“Tapi saya tak sempat pergi kursus. Saya belajar guna YouTube saja dalam masa singkat. Masa itu Senario baru menang Artis Komedi Popular, jadi saya nak wakili kami untuk berdoa,” ujarnya.
Namun dia tidak menyangka perjalanan tersebut berakhir di lokap khas tahanan dadah.
Selepas soal siasat, saya ingat nak dilepaskan tapi saya digari dan dibawa naik kenderaan polis ke balai di Jeddah. Beg dan telefon diambil. Saya dimasukkan ke sel tahanan untuk kes dadah.
“Saya tak tahu apa salah saya. Kalau lambang pada barang boleh jadi isu, patutnya saya dah ditahan sejak di Malaysia. Saya cuma berserah dan zikir dalam hati, minta Allah tolong,” dedahnya.
Yassin selamat kembali ke tanah air minggu lalu selepas enam bulan ditahan. – HIBGLAM
The post ‘Bukan dadah, ditahan sebab rokok kertas, grinder – Yassin appeared first on HibGlam.