Auto Added by WPeMatico

KUALA SELANGOR – Perbuatan jahat seorang tukang urut merogol anak perempuannya akhirnya terbongkar selepas mangsa menerima rawatan gastrik di Hospital Tanjong Karang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada hospital tersebut melibatkan mangsa berusia 17 tahun kira-kira pukul 5.07 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa hadir ke hospital itu kerana mengadu sakit gastrik pada pukul 6 petang, kelmarin.
“Hasil temubual awal pihak doktor yang merawat pesakit telah mendapati mangsa telah dirogol bapa kandungnya berusia 51 tahun.
“Polis kemudiannya berjaya menahan suspek di kawasan Bestari Jaya kira-kira pukul 11.15 malam tadi kerana disyaki terlibat kes itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, siasatan masih dijalankan sejak bila suspek melakukan perbuatan rogol itu.
“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Periksa sakit gastrik tetapi sebenarnya jadi mangsa rogol bapa appeared first on Kosmo Digital.