Auto Added by WPeMatico

JENAMA lokal terkenal, Dr Cardin menepis dakwaan netizen kononnya sengaja menunggang kontroversi membabitkan pelakon sensasi Puteri Balqis yang diundang sebagai tetamu sesi ‘live’ TikTok baru-baru ini.
Menurut Ketua Penjenamaan Dr. Cardin, Chong Charl Yee, pihak mereka sudah melakukan perjanjian tersebut sebelum kontroversi membabitkan Puteri Balqis dan Mia Sara tercetus.
Saya harus jelaskan di sini sebab memang ramai orang tanya tentang perkara ini. Kami bukan tunggang kontroversi membabitkan Puteri Sarah sebaliknya sudah ‘lock’ awal Puteri Balqis. Beberapa hari sebelum sesi ‘live’ itu berlangsung tiba-tiba dia viral. Kami pun memang tak sangka.
“Sebagai sebuah jenama, saya akui kami agak risau pada mulanya.Tetapi ada hikmah atas apa yang berlaku kerana sesi ‘live’ tersebut berjaya menarik ramai orang.
“Hasil jualan juga berjaya mencapai sasaran. Banyak barang yang ‘sold’ out,” katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen The Raya Table by Dr Cardin baru-baru ini. ‘Kami ‘lock’ Puteri Balqis awal
Ditanya bagaimana pengalaman bekerja dengan pelakon berbakat besar itu, kata Charl Yee, Puteri Balqis mempunyai personaliti yang menyenangkan dan sangat profesional.
Sejujurnya saya terkejut bila semua pekerja saya beritahu tentang sikap sebenar Puteri Balqis. Mereka kata dia seorang yang sangat merendah diri. Dia seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama,” kongsinya.
Charl Yee juga tidak menolak kemungkinan untuk menjalin kerjasama lagi dengan Puteri Balqis pada masa akan datang untuk menjayakan kempen koleksi baharu mereka.
Sementara itu dalam pertunjukan fesyen yang berlangsung, Dr. Cardin turut memperkenalkan duta kempen raya 2026 mereka iaitu Erysha Emyra dan Hun Haqeem.
Turut dipersembahkan adalah koleksi terkini sempena sambutan hari raya merangkumi beg tangan, kasut tinggi dan sandal untuk digayakan pada Aidilfitri nanti. – HIBGLAM