Auto Added by WPeMatico

PENDATANG baharu, Aneet Padda yang mencipta fenomena menerusi filem Saiyaara dipilih menjadi heroin naskhah tersebut kerana memiliki kecantikan semula jadi.
Menurut pengarah Saiyaara iaitu Mohit Suri, dia menginginkan pelakon wanita yang tidak melakukan pembedahan kosmetik pada wajah mereka.
“Agak menakutkan apabila sukar mencari pelakon wanita yang berumur sekitar 20 hingga 22 tahun yang tidak membuat sesuatu pada wajah dan tubuh mereka.
Saya mahukan pelakon yang berwajah asli dan Aneet mempunyai kriteria tersebut,” katanya dalam sebuah wawancara.
Saiyaara yang turut dibintangi Aahan Panday merupakan karya dibintangi pelakon baharu yang meraih kutipan tertinggi dalam sejarah industri perfileman India.
The post Heroin Saiyaara dipuji jelita semula jadi appeared first on Kosmo Digital.