Auto Added by WPeMatico

USAHAWAN Ezwan Zain mendedahkan bunga emas yang dijadikan mas kahwin merupakan kejutan buat isteri tercinta, Erra Fazira.
Menurut Ezwan, pelakon terkenal mengetahui tentang dinar emas namun tidak tahu dia akan menerima dalam bentuk bunga yang mengandungi 24 keping dinar emas.
Banyak kejutan yang saya cuba sediakan untuk Erra hari ini antaranya mas kahwin yang dijadikan bunga emas. Sebelum ini dia sudah tahu tentang dinar emas itu tetapi tidak tahu akan diberikan sebanyak 24 keping.
“Tiada simbolik nombor 24 itu sebaliknya sekadar ingin mencukupkan berat 100 gram,” katanya kepada HibGlam.
Sementara itu Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, mendedahkan suaminya yang bertanggunjawab merancang majlis perkahwinan mereka.
Jika perkahwinan sebelum ini saya yang banyak uruskan tetapi kali ini boleh dikatakan Ezwan yang menguruskan 95 peratus segala urusan perkahwinan kali ini,” ujar Erra.
Ditanya tentang berbulan madu, kata Erra dia terpaksa menunda perancangan itu selepas sambutan Aidilfitri nanti memandangkan terlibat dengan penggambaran konsert yang akan berlangsung Februari nanti.
Terdahulu, Erra sah bergelar isteri kepada Ezwan dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang tepat jam 9.19 pagi tadi. – HIBGLAM
The post ‘Bunga emas kejutan untuk Erra, ada 24 dinar emas’ appeared first on HibGlam.