Auto Added by WPeMatico

MENGULANGI kejayaan, penyanyi Billie Eilish berjaya memenangi anugerah Lagu Terbaik di pentas Anugerah Grammy edisi ke-68 menerusi lagu Wildflower.
Kemenangan tersebut merupakan kejayaan ketiganya pada acara berprestij berkenaan selepas kejayaan pada 2020 menerusi lagu Bad Guy diikuti lagu What Was I Made For iaitu lagu runut bunyi filem Barbie pada 2024.
Menerusi ucapan usai memenangi anugerah, Billie, 24, sempat menyentuh mengenai pergolakkan politik di Amerika Syarikat (AS).
Tiada siapa yang haram di atas tanah yang dicuri,” katanya.
Billie menewaskan beberapa nama besar bertanding bagi kategori sama iaitu Rose dan Bruno Mars yang tampil dengan lagu duet APT, Kendrick Lamar dan SZA (Luther), Lady Gaga (Abracadabra), Sabrina Carpenter (Manchild), Bad Bunny (DtMF), Doechii (Anxiety) dan Hunter/x (Golden).
Lagu Wildflower merupakan hasil ciptaannya bersama abangnya, Finneas. – HIBGLAM