Auto Added by WPeMatico

Pelakon Sophia Albarakbah kecewa apabila kisah kontroversinya dengan Aliff Aziz beberapa tahun lalu kembali menjadi bualan ramai susulan momen tegang dengan penyanyi Bella Astillah yang berlaku di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 malam tadi.
Menurut Sophia, perkara tersebut sudah menjadi sejarah dan tidak sepatutnya diungkit kembali oleh mana-mana pihak.
“Sudah berapa tahun punya kes. Kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tak akan selesai,” katanya membalas komen netizen yang mengecamnya dalam satu hantaran Instagram.
Tambahnya, setiap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana individu layak untuk dimaafkan.
“Sedangkan Allah SWT pun boleh ampunkan hamba-Nya.
“Awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat,” katanya lagi.

Komen tersebut meraih sokongan daripada peminatnya dan dalam masa sama berharap dia akan terus kuat berdepan dengan kontroversi yang berlaku ketika ini.
Sejak semalam, kecoh dalam media sosial apabila Bella, atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, yang didakwa bertindak tidak profesional semasa menyampaikan anugerah bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat selain masih terkesan dengan perbuatan Sophia yang dikatakan pernah mengganggu rumah tangganya bersama bekas suaminya, Aliff sebelum ini.
Pembantu peribadi Bella yang dikenali sebagai Niel Rafeq dalam media sosial hari ini turut menjelaskan wanita itu mengalami trauma ketika mengumumkan kemenangan dan penyampaian trofi kepada Sophia malam tadi.
Untuk rekod, sekitar Januari tahun lalu, nama Sophia pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga Bella dan Aliff.
Bella turut mendedahkan mesej peribadi yang menunjukkan permohonan maaf daripada Sophia ketika kontroversi tersebut meledak di media sosial.
Pasangan selebriti itu akhirnya disahkan bercerai pada 13 Jun tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga sejak 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna. – HIBGLAM
The post ‘Allah pun boleh ampunkan hamba-Nya, kenapa awak angkuh sangat’ appeared first on HibGlam.