Auto Added by WPeMatico

![]()
GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengesahkan berlaku kejadian letupan dan kebakaran belon berisi gas ringan yang mengakibatkan dua anggota penguat kuasa Jabatan Pelesenan agensi itu mengalami kecederaan, semalam.
MBPP dalam kenyataan berkata, insiden tersebut berlaku selepas penguat kuasa membawa pulang belon-belon berisi gas ringan yang dirampas daripada penjaja di Jalan Gottlieb ke pejabat Jabatan Pelesenan di Lebuh Union untuk dilupuskan, kira-kira pukul 7.55 malam.
“Semasa berada di Lebuh Union berhadapan pejabat Jabatan Pelesenan, pegawai penguat kuasa MBPP tanpa kehadiran orang awam telah mencucuk belon-belon tersebut untuk melepaskan gas dalam belon.
“Pada masa itu, belon-belon tersebut telah meletup dan terbakar yang mengakibatkan kecederaan dua orang anggota penguatkuasaan MBPP. Bahagian belakang kenderaan MBPP juga turut terbakar berserta dengan peralatan yang dirampas,” katanya di sini.
Menurt MBPP, seorang anggota sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang akibat melecur di tangan dan muka manakala seorang lagi cedera ringan,”katanya di sini, hari ini.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Majlis juga sedang meneliti cara-cara untuk mengelakkan perkara sedemikian daripada berulang lagi,” ujarya.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang anggota penguat kuasa MBPP dilaporkan melecur dalam kejadian letupan belon helium yang disita dari seorang penjaja warga asing.
Insiden tersebut berlaku semasa individu terbabit dikatakan sedang menurunkan barang rampasan itu dari sebuah kenderaan milik agensi berkenaan di Ibu Pejabat Bahagian Perlesenan MBPP di Lebuh Union. – KOSMO! ONLINE
The post Cucuk belon untuk lepaskan gas helium punca letupan, kebakaran appeared first on Kosmo Digital.