Auto Added by WPeMatico

![]()
MEKAH – Siapa sangka, hanya dengan mendengar alunan Surah Al-Fatihah dan laungan ‘amin’ secara berjemaah, hati seorang lelaki ketika itu masih belum mengenal Islam mula terdetik dengan satu perasaan sukar dijelaskan.
Bagi pemilik kedai roti, Muhammad Zamarul Hafiz Ho Abdullah, 54, berkata, detik itulah yang menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya apabila membawa dia memeluk Islam pada 2006, meskipun berdepan tentangan hebat daripada keluarga sendiri.
“Pada satu hari, saya lalu sebuah masjid dan mendengar bacaan al-Fatihah seorang imam.
“Bila dengar orang baca Al-Fatihah dan jemaah sambut ‘amin’ bersama-sama, saya rasa wujud satu kesatuan umat Islam. Hati saya terus tersentuh, macam ada sesuatu yang tarik saya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurut Muhammad Zamani Hafiz Ho, bermula daripada saat itu, dia mengambil keputusan memeluk Islam secara senyap tanpa pengetahuan keluarga hingga membawa ujian berat apabila diusir dari rumah dan hilang tempat bergantung.
Katanya, tanpa harta dan sokongan, dia memulakan hidup baharu di Kedah sebagai untuk membina semula kehidupan dari bawah.
Muhammad Zamarul Hafiz berkata, perjalanan haji tidak mudah apabila dengan RM50 untuk membuka akaun Tabung Haji dan memaksa diri menyimpan setiap bulan walaupun hidup cukup makan.
Katanya, daripada bekerja makan gaji hingga membina perniagaan roti dia kini berdiri di Tanah Suci sebagai seorang jemaah haji.
“Dulu saya fikir orang pergi Mekah ini buang duit. Tapi bila saya sendiri sampai sini, baru saya faham, kita ini sebenarnya terlalu kecil di sisi Allah,”
Lebih menyentuh hati, doa yang dipanjatkan di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah pada 2011 akhirnya dimakbulkan apabila kedua-dua ibu bapanya turut menerima hidayah dan memeluk Islam selepas itu.
“Di depan Kaabah, saya hanya doa satu perkara supaya mak ayah saya masuk Islam. Bila balik, perlahan-lahan mereka berubah, akhirnya mereka sendiri minta untuk masuk Islam,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
The post Al-Fatihah buka jalan ke Mekah appeared first on Kosmo Digital.
