Auto Added by WPeMatico

![]()
BARCELONA – Barcelona terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu La Liga apabila berpesta gol selepas membelasah Racing Santander 7-2 pada perlawanan yang berlangsung di Camp Nou awal pagi semalam.
Paling mencuri tumpuan adalah pemain sayap, Raphinha yang berjaya meledak hatrik, manakala empat lagi gol dijaringkan Joao Cancelo, Gabriel Jesus, Lamine Yamal serta gol sendiri Asier Villalibre.
Jurulatih The Catalans, Hansi Flick menghamburkan pujian terhadap aksi dipamerkan anak-anak buahnya, terutamanya Raphinha yang banyak memainkan peranan cukup penting ketika melakukan serangan ke arah gawang lawan.
“Kami bermain sangat baik sebagai satu pasukan dan keputusan hari ini (semalam) menggambarkan prestasi semua pemain. Saya gembira kerana mereka menunjukkan keberanian selain kekal fokus sepanjang perlawanan.
“Pasukan lawan juga ada mencipta beberapa peluang dan menjaringkan gol, tetapi kami belajar sesuatu daripadanya. Saya juga memuji aksi dipamerkan Raphinha kerana dia menunjukkan sikap yang sangat baik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga berpuas hati dengan peranan dimainkan pemain-pemain yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas lalu termasuk Rodri, Jesus, Karim Adeyemi dan Anthony Gordon.
“Apabila anda mahu berjaya, sangat penting untuk memiliki pemain yang ada pemikiran sama. Mereka sentiasa membantu antara satu sama lain dan itu merupakan resipi terbaik untuk berjaya,” ujar Flick. – AGENSI
The post La Liga: The Catalans terus kukuh cengkaman appeared first on Kosmo Online.
