Auto Added by WPeMatico

![]()
SRI AMAN – Perbuatan menghalang laluan masuk dengan meletakkan bongkah kayu dan jentera berat tidak mematahkan usaha sepasukan anggota penguat kuasa Imigresen Kuching untuk menggempur rumah pekerja yang didiami warga asing di kawasan ladang sawit Lingga di sini baru-baru ini.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam kenyataannya berkata, operasi dikenali Ops Sapu pada Khamis lalu berdepan pelbagai cabaran untuk sampai ke lokasi sasaran memandangkan kedudukannya yang terletak jauh di tengah kawasan ladang sawit.
Selain itu, katanya, keadaan bentuk muka bumi yang sukar dilalui dan laluan sempit memerlukan ketahanan fizikal dan komitmen tinggi daripada pegawai dan anggota yang terlibat.
“Namun begitu, halangan tersebut tidak sedikit pun menggugat semangat pegawai untuk meneruskan operasi.
“Hasil pemeriksaan, seramai 57 individu diperiksa dan 37 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa,” katanya.
JIM Sarawak berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Letak bongkah, jentera berat halang serbuan imigresen appeared first on Kosmo Digital.