Auto Added by WPeMatico

KAMPAR – Seorang pemandu lori disaman kerana dipercayai gagal memberi laluan kepada jentera bomba yang sedang menjalankan tugas kecemasan di sini yang tular dalam media sosial.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pemandu lori itu dikompaun di bawah Seksyen 9(2), Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).
“Merujuk kepada satu satu video yang tular dalam platform media sosial TikTok melalui akaun pengguna Isma02, polis mengambil maklum berhubung insiden melibatkan sebuah jentera milik bomba yang sedang dalam perjalanan ke satu destinasi dengan memasang siren kecemasan telah dihalang seketika oleh sebuah lori jenis kabin.
“Dalam rakaman itu tersebut, jentera bomba dilihat berusaha untuk memotong lori tersebut tetapi seolah-olah tidak diberikan laluan, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap keselamatan dan keutamaan kenderaan penyelamat ketika menjalankan tugas kecemasan,” katanya di sini hari ini.
Justeru, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar telah mengambil tindakan segera terhadap pemandu lori bagi membantu siasatan.
Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati, pemandu lori berkenaan tidak menyedari kehadiran jentera bomba tersebut disebabkan oleh bunyi enjin lori yang kuat dan keadaan tingkap tertutup sepenuhnya menyukarkannya mendengar jentera bomba. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu lori disaman halang jentera bomba di Kampar appeared first on Kosmo Digital.