Auto Added by WPeMatico

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli yang sebelum ini bercuti panjang disahkan hadir pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, malam tadi.
Perkara itu disahkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perbincangan lebih kepada keputusan pemilihan cabang.
“Semalam (Rafizi) hadir. Kita bincang keputusan dengan baik, alhamdulillah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Temu Anwar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan dakwaan keputusan pemilihan cabang PKR yang didakwa menunjukkan beberapa keputusan luar jangka telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kem Rafizi.
Ini seterusnya mencetuskan desas-desus Rafizi merancang untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi.
Pemilihan PKR peringkat Cabang sebelum ini bermula pada 11 April dan berakhir 20 April lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Rafizi hadir, kita bincang keputusan dengan baik – Anwar appeared first on Kosmo Digital.