Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kapten Selangor FC, Faisal Halim atau Miki tampil ‘berani’ berdepan penyokong setia Red Giants selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala AFC 2023/24.
Dalam pertemuan yang berlaku sejurus kekalahan 1-3 kepada Persib Bandung malam tadi, Miki menjelaskan bahawa seluruh pasukan telah berusaha sebaik mungkin dan memohon maaf kepada penyokong.
“Kami dah beri yang terbaik dan saya berjanji akan sampaikan kepada semua pemain supaya beri lebih lagi Ahad ini lawan Sabah,” katanya.
Salah seorang penyokong yang hadir turut berharap agar pada masa akan datang pihak pengurusan sendiri tampil berjumpa penyokong dan tidak membiarkan pemain sahaja memikul yang beban kekalahan.
Peluang untuk pasukan Selangor Mara ke peringkat seterusnya tertutup rapat apabila kalah sebanyak empat kali daripada enam perlawanan, sekali gus menamatkan impian mara ke pusingan kalah mati.
Aksi menentang Sabah hujung minggu ini bakal menjadi peluang untuk Selangor bangkit, sekaligus memulihkan semangat penyokong yang kecewa. – KOSMO! ONLINE
@frdsagsmn_♬ original sound – MATDONNN
The post Respek! Faisal Halim berani hadap penyokong Selangor appeared first on Kosmo Digital.