Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor berjaya menumpaskan kegiatan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) selepas melakukan serbuan ke atas sebuah gudang terbiar di Ulu Tiram, di sini semalam.
Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, serbuan yang dilakukan pada pukul 7 malam semalam itu dilakukan dengan kerjasama KPDN Putrajaya dan membabitkan rampasan bernilai RM280,000.
Menurut beliau, operasi tersebut turut menyaksikan lima pekerja warga asing yang berusia antara 30-an hingga 40-an ditahan.
“Menerusi serbuan ini, kita menemukan 1,357 unit tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14 kilogram yang mana gasnya akan dipindah ke dalam sebuah lori tanker menerusi aktiviti ‘decanting’.
“Sindiket kemudian dipercayai akan menjual gas berkenaan di pasaran gelap pada harga lebih mahal untuk mendapatkan keuntungan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di lokasi gudang, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Gudang terbiar jadi markas operasi seleweng gas LPG appeared first on Kosmo Digital.