Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan pembukaan semula GSC 1 Utama yang berwajah baharu, dengan 13 dewan yang memiliki kapasiti sehingga 1,595 kerusi.
Ia juga memperkenalkan format dewan serba baharu iaitu GSC Hong Leong Bank BIG Hall, GSC Hong Leong Bank Prestige Hall dan GSC PlayPark selain dewan ScreenX dan 4DX yang diubahsuai semula bagi menawarkan pengalaman hiburan menyeluruh untuk dinikmati semua.
Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee berkata, pihaknya teruja memperkenalkan GSC 1 Utama yang diberi wajah baharu sebagai hab gaya hidup dinamik dan destinasi sosial yang mencerminkan masa depan pawagam.
Menurut beliau, bersama rakan kerjasama iaitu Hong Leong Bank, GSC mempersembahkan dua tambahan terbaharu yang menarik iaitu GSC Hong Leong Bank Prestige Hall dan GSC Hong Leong Bank BIG Hall.
“Ia menawarkan pengalaman sinematik dengan tawaran premium, di samping format lain dengan menawarkan sesuatu untuk semua.
“Di GSC, kami komited untuk menyampaikan pengalaman hiburan menyeluruh yang sedia menuju ke masa depan, merangkumi keterlibatan, seiring dengan trend yang sentiasa bergerak dan kenangan yang tercipta,” katanya pada majlis pelancaran pembukaan semula GSC 1 Utama di sini baru-baru ini.
GSC Hong Leong Bank Prestige Hall baharu menawarkan keselesaan premium dengan 30 tempat duduk boleh laras yang selesa, lengkap dengan port pengecasan USB, akses ke ruang peribadi yang istimewa, dengan setiap tiket didatangkan bersama kombo bertih jagung bersaiz biasa secara percuma.
Untuk pilihan snek tambahan, penonton boleh mengimbas kod QR bagi memesan snek ringan dan minuman daripada Happy Food Co, yang akan menghantar terus pesanan ke tempat duduk penonton.
Pengalaman ini dipertingkatkan lagi dengan teknologi bunyi Dolby yang imersif untuk audio yang jelas, serta pancaran laser terkini bagi menghidupkan visual dengan kejelasan dan kedalaman yang menakjubkan.
Selain itu, GSC Hong Leong Bank BIG Hall yang ke-9 di GSC 1 Utama juga menampilkan dewan yang dinaik taraf dengan kerusi baring boleh laras yang mewah, termasuk port pengecasan USB, dengan kapasiti tempat duduk keseluruhan sebanyak 73 kerusi.
Sesuai untuk peminat filem aksi, GSC Hong Leong Bank BIG Hall ini dilengkapi dengan projektor 4K canggih untuk visual yang jelas dan butiran yang menakjubkan, dan dilengkapi dengan sistem bunyi sekitar Dolby Atmos.
Selain itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, GSC PlayPark menggabungkan pengalaman menonton filem yang mesra keluarga dengan masa bermain yang menyeronokkan di kawasan permainan bersebelahan, menampilkan kemudahan yang mudah seperti bilik menyusu, bilik persalinan bayi dan tandas mesra kanak-kanak.
Buat masa ini, dewan tayangan GSC PlayPark yang terdiri daripada 176 tempat duduk, beserta kemudahan dan kawasan permainan bersebelahan, masih belum dibuka.
Menawarkan pengalaman sinematik yang menyeluruh untuk penonton filem, GSC 1 Utama juga menempatkan dewan 4DX dan ScreenX, menghidupkan filem melalui gerakan dan bauan, serta pemandangan panorama 270 darjah yang dihidupkan pada skrin besar di kedua-dua dewan tersebut. -KOSMO! ONLINE
The post GSC 1 Utama berwajah baharu, tawar pengalaman menonton wayang lebih mewah appeared first on Kosmo Digital.