Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) melalui anak syarikatnya, EB Blueshark Sdn Bhd bekerjasama dengan Blueshark Malaysia Sdn Bhd (Blueshark), untuk memulakan proses pemasangan tempatan bagi motosikal elektrik SoloEra Solo 1C di kemudahan pengeluaran canggih EPMB di Glenmarie, Shah Alam.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen bersama EPMB dan Blueshark dalam menyokong Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan aspirasi sifar bersih Malaysia.
Ia juga menunjukkan kekuatan kerjasama yang semakin berkembang, menggabungkan kepakaran pembuatan EPMB dengan teknologi EV Blueshark untuk mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari.
Pengarah Eksekutif EPMB, Aidan Hamidon berkata, pihaknya teruja atas cadangan permulaan projek ini untuk mengeluarkan motosikal elektrik SoloEra di kemudahan Glenmarie
“EPMB terus melangkah ke hadapan dalam pengeluaran kenderaan cekap tenaga (EEV) dan penyelesaian mobiliti generasi akan datang.” katanya dalam kenyataan yang di sini.
Kemudahan Glenmarie mempunyai kapasiti pengeluaran awal sebanyak 12,000 unit motosikal elektrik setahun.
Pemasangan tempatan untuk model berprestasi tinggi Solo 2 dan Solo 3 juga sedang dijalankan, memperluas pilihan pengguna dan mengukuhkan visi bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai hab strategik engeluaran EV dua roda (2WEV) di ASEAN dan seterusnya.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Blueshark Malaysia Sdn Bhd , Jeff Chong menerangkan, ini adalah detik membanggakan bagi Blueshark dan rakan kongsi kami dalam merealisasikan visi mobiliti lestari yang mampu milik.
“Kami komited untuk memperluas ekosistem elektromobiliti Malaysia dan menjadikan negara sebagai hab pengeluaran untuk ASEAN dan seterusnya,” ujar beliau.
Solo 1C menerima sambutan luar biasa dengan lebih 6,000 pendaftaran minat dalam masa sebulan selepas pelancaran promosi pra-pelancaran terhad pada Julai.
Dengan harga serendah RM599, kempen ini menjadikan Solo 1C antara motosikal elektrik paling mampu milik di pasaran.
Siri SoloEra direka khas untuk memudahkan peralihan daripada motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada elektrik, menyumbang secara langsung kepada sasaran kerajaan untuk mencapai 20 peratus kenderaan elektrik (xEV) menjelang 2030.- KOSMO! ONLINE
The post SoloEra dipasang di kilang canggih EPMB di Glenmarie appeared first on Kosmo Digital.