Auto Added by WPeMatico

![]()
MANCHESTER – Para penyokong Manchester United menggesa lima perubahan dilakukan oleh pihak pengurusan pasukan itu untuk memastikan kelab itu kembali ke tahap yang lebih baik.
Kumpulan yang dikenali sebagai The 1958 melakukan protes besar-besaran terhadap pemilik kelab, Keluarga Glazer dan Ineos yang merupakan pemegang saham di luar Old Trafford sebelum skuad kendalian Michael Carrick menewaskan Fulham kelmarin.
Penganjur protes, Steve Crompton menganggap Ineos semakin hilang kemampuan untuk mengawal kelab dan perlu menyelesaikan lima agenda yang dianggap ‘wajib’ dilakukan untuk menyelamatkan kelab.
“Budaya kelab ini perlu dikembalikan. The Red Army (TRA) juga sudah tidak diberikan peranan apa-apa untuk kelab ini dan ia mengejutkan.
“Tiket pada hari perlawanan juga mestilah pada harga yang mampu dibayar oleh para peminat. Apabila anda pergi ke laman web, tidak ada tiket perlawanan yang boleh dibeli oleh ahli, kecuali bersama pakej £300 (RM1,600) termasuk kemudahan lain.
“Mereka juga perlu berhenti untuk menukar pengurus, ia melibatkan kos yang tinggi dan berharap penyokong akan menyelesaikan hutang yang mereka cipta. Itu sangat mengarut,” jelasnya.
Kumpulan The 1958 sebelum ini pernah merancang untuk melakukan protes berkenaan pada Ogos lalu melibatkan 95,000 penyokong, namun menyimpan hasrat itu kerana merasakan Ineos masih perlu diberikan masa.
“Kami sudah memberikan masa dan apa yang jelas mereka sangat mengecewakan. Kami seperti berunduk ke belakang selepas kehadiran Ratcliffe,” jelasnya. – AGENSI
The post EPL: Kumpulan The 1958 tuntut perubahan appeared first on Kosmo Digital.