Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Sebuah bandar di wilayah Lampung memecahkan rekod dunia selepas menghasilkan makanan tradisional dikenali sebagai sekubal sepanjang 25 meter dan memiliki diameter 25 sentimeter, lapor portal berita VNExpress kelmarin.
Bandar Lampung mencatatkan rekod untuk sekubal paling besar di dunia.
Hidangan itu dipamerkan di Festival Kulinari dan Makanan Jalanan Tradisional Lampung sempena ulang tahun penubuhan Bandar Lampung ke-343.
Gelaran tersebut dicapai susulan kerja keras antara pihak berkuasa dan penduduk tempatan termasuk usahawan mikro.
Sekubal diperbuat daripada pulut dan santan. Ia dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus sehingga masak.
Makanan itu dihidangkan semasa perayaan besar terutamanya Hari Raya Aidilfitri. – AGENSI
The post Bandar Lampung catat rekod dunia sekubal gergasi appeared first on Kosmo Digital.