Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan lelaki yang dipercayai cuba mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) menggunakan sebuah kereta dan pacuan empat roda terbantut selepas kegiatan mereka disedari sekumpulan penunggang motosikal.
Difahamkan, kumpulan penunggang motosikal itu pada awalnya hanya memerhati gerak-geri suspek. Namun keadaan menjadi tegang apabila sebuah lagi kereta muncul sebelum salah seorang individu bertindak mengeluarkan senjata tajam.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian orang ramai selepas perkongsian mengenainya tular di media sosial, dengan ramai memuji keberanian penunggang motosikal yang bertindak sebagai ‘hero’ malam itu.
Rata-rata pihak memuji tindakan kumpulan tersebut kerana sekurang-kurangnya berjaya mengganggu kegiatan jenayah itu.
“Bagus dik.. kacau line jer, bagi depa tak tenteram buat kerja sambil-sambil tunggu polis mai.. Macam celaka penjenayah ni, nyusahkan orang dan semakin tak takut,” kata Nizam Ismail
“Jadi hero pula malam tu.. good job boy (syabas dik),” komen New Buddyz
“Kat aku polis pesan kalau ternampak kaki curi kabel terus call (panggil) polis.. Jangan masuk dekat sebab geng tak peduli kat siapa-siapa.. Tapi betul atas kereta diorang paling tidak ada samurai,” tulis Mohd Zairi.
Kosmo! sebelum ini melaporkan kegiatan curi kabel yang semakin berleluasa di seluruh negara sejak mencetuskan kemarahan dan kebimbangan rakyat apabila jenayah itu bukan sahaja menjejaskan kemudahan awam, malah turut mengancam nyawa orang ramai.
Lebih membimbangkan apabila terdapat kes curi kabel yang dilakukan secara terbuka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan cara menarik kabel menggunakan kenderaan selain meninggalkan penutup lubang dalam keadaan terbuka. – KOSMO! ONLINE
The post Geng motor halang cubaan curi kabel appeared first on Kosmo Digital.
