Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Masih di peringkat awal remaja, penampilan anak kepada pelawak Shuib, Thalita atau Dzahira Talita, 13, meraih teguran netizen yang berasakan gaun dedah bahu digayakan baru-baru ini tidak sesuai dengan usianya.
Persalinan merah jambu itu dikenakan pada majlis ‘gender reveal’ kandungan ibu tirinya, Watie Hanifiah yang berlangsung di sebuah gelanggang acara di Gombak, kelmarin.
Majlis tersebut turut meriahkan kehadiran ahli keluarga Watie dan Shuib, selain teman terdekat serta rakan selebriti termasuk Fasha Sandha dan Sharifah Shahirah.
Pada acara tersebut, Thalita juga anak kedua daripada empat bersaudara turut menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu sekali gus meraih pujian ramai.
Begitupun, ada peminat yang menitipkan nasihat di ruangan komen meminta bapa serta ibu tirinya lebih cakna dengan pemilihan persalinan buat remaja sepertinya kerana baju sedemikian disifatkan kurang manis.
“Lebih cantik kalau Thalita sopan sikit, jaga aurat,” kata seorang netizen.
“Cantik mekap tapi tak pandai pilih pakaian ikut usia. Tak mengapa, pelan-pelan,” ujar pengguna laman sosial lain.
Begitupun, baik Shuib mahupun Watie dilihat belum membalas komen berkaitan perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Thalita sopan sikit, jaga aurat’ – Anak Shuib ditegur netizen appeared first on Kosmo Digital.