Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Perlawanan itu mengajar kita sesuatu khusus kepada generasi muda: Apabila ASEAN bersatu, kejutan (yang) mustahil mampu menjadi kenyataan”
Demikian ulasan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung kemenangan ASEAN All-Stars ke atas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United malam tadi.
Menurutnya, beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut turun menyaksikan semangat 72,550 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
“Perlawanan ASEAN All Star yang mencipta kejutan menewaskan Manchester United hasil jaringan tunggal perlawanan milik Maung Maung Lwin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hannah berkata, kepuasan dan rasa bangga menyelubungi diri beliau apabila melihat gelombang penyokong dari seluruh Asia Tenggara membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Syabas kepada kedua-dua pasukan yang menyajikan persembahan menarik untuk ditonton bersama,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United tewas mengejut kepada ASEAN All-Stars dalam aksi Maybank Challenge Cup 2025 malam tadi. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Apabila ASEAN bersatu’ appeared first on Kosmo Digital.