Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Tiga wanita menerima kecaman orang ramai selepas merakam diri mereka tidak tahan dengan bau busuk ketika berkunjung ke sebuah pasar di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita-wanita terbabit menutup hidup hidung mereka sambil berjalan di dalam pasar.
Ada antara mereka yang menjelirkan lidah seolah-olah mahu muntah disebabkan bau hanyir ikan.
Klip video itu mencatatkan lebih 2.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya juga benci bau pasar tetapi saya tidak sampai begitu,” kata seorang netizen.
“Muka mereka layak untuk jadi pekerja pembersihan di situ,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Wanita geli dengan bau pasar basah appeared first on Kosmo Digital.