Auto Added by WPeMatico

![]()
SAUDARA PENGARANG,
Jalan Kempas Baru yang merupakan laluan masuk ketiga terbesar ke daerah Johor Bahru melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan antara paling sibuk dengan pengguna jalan raya.
Jalan ini menghubungkan ke Senai, Pasir Gudang, Tampoi, Larkin dan Johor Bahru.
Difahamkan, kerja menaik taraf jalan raya itu siap sepenuhnya dan sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.
Namun, ada sesuatu seperti ada pihak terlepas pandang apabila laluan ini gelap gelita bila tibanya waktu malam.
Ini disebabkan tiang lampu hanya sekadar ‘hiasan’ tidak berfungsi, lampunya menyala ketika awal-awal kerja menaik taraf siap.
Kini, apabila melalui Jalan Kempas Baru, jalannya gelap menyukarkan pengguna untuk pergi atau pulang dari destinasi ke destinasi yang lain.
Tidak tahu apa masalahnya yang pastinya pengguna berharap pihak berwajib khususnya Majlis Bandaraya Johor Bahru mengambil tindakan segera.
Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku seperti kemalangan jalan raya yang boleh meragut nyawa.
Kecewa
Faizal JB
The post Luahan pembaca: Jalan sudah cantik, lampu pula tiada appeared first on Kosmo Digital.