Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Hanya seorang daripada lima anggota yang terlibat dalam kejadian helikopter terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, semalam masih ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, di sini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim bagaimanapun berkata, keadaan Konstebel R.G Devendran, 30, dilaporkan stabil.
“Seperti semua maklum, semalam berlaku satu kemalangan melibatkan lima anggota kami. Mereka kini sedang mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
“Saya berpeluang bercakap dengan empat daripada mangsa, manakala seorang lagi iaitu Konstabel Devendran A/L Raja Gopal masih ditidurkan,” katanya kepada pemberita semasa ditemukan di lobi HSA, di sini hari ini.
Tambah Azmi, Devendran masih ditidurkan bagi membolehkan proses rawatan berjalan dengan lebih sempurna.
“Dia masih ditidurkan bagi mengurangkan pergerakan untuk mempercepat proses pemulihan. Kita harap mereka semua pulih dalam masa terdekat,”jelasnya lanjut.
Sementara itu, beliau turut memberitahu Koperal Adeline Liu Yan Siu yang turut dirawat di ICU telah sedar dan boleh berkomunikasi.
Semalam, Kosmo! melaporkan helikopter jenis AS355N yang menyertai Latihan Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura 2025 (MITSATOM 2025) di sini. – KOSMO! ONLINE
The post Helikopter terhempas: Hanya Konstabel Devendran masih ditidurkan appeared first on Kosmo Digital.