Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Sebuah kenderaan merempuh sebuah premis bank selepas pemandunya tersalah memasukkan gear ketika hendak memulakan perjalanan dalam kejadian di Jalan 21/11A, Seksyen 21 di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, pemandu berusia 78 tahun baru sahaja selesai menjalankan urusan di bank berkenaan.
Katanya, siasatan mendapati warga emas itu secara tidak sengaja meletakkan gear kenderaan menyebabkan kereta meluru ke depan dan melanggar cermin hadapan premis bank tersebut.
“Kemalangan mengakibatkan kerosakan pada premis tersebut serta kenderaan terbabit, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau dalam pada itu mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang kejadian kemalangan.
“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Tersalah tekan gear punca pemandu warga emas rempuh bank appeared first on Kosmo Digital.