Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – MNRB Holdings Berhad hari ini mengumumkan penerimaan Komitmen Gaji Sara Hidup, selaras dengan usaha nasional untuk menggalakkan gaji yang adil dan mencukupi, sambil memperkukuh falsafah Kumpulan yang mengutamakan rakyat.
Di bawah komitmen ini, semua pekerja tetap Malaysia dalam Kumpulan menerima gaji sara hidup minimum bulanan sebanyak RM3,100.
Ia selari dengan visi MNRB iaitu ‘Kami Melindungi Semua Orang’, yang menekankan komitmen Kumpulan untuk melindungi kesejahteraan pekerja, menyokong prestasi organisasi yang mampan dan menegakkan amalan pekerjaan yang adil.
Presiden Interim & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, pihaknya percaya bahawa keselamatan kewangan adalah asas kepada kepuasan kerja dan kesejahteraan keseluruhan.
“Dengan menerima pakai Komitmen Gaji Sara Hidup, kami memperkukuh tanggungjawab kami untuk melindungi warga kami, sambil menyokong kestabilan jangka panjang mereka dan memberi ganjaran atas sumbangan bermakna mereka kepada organisasi,” katanya dalam kenyataan.
MNRB ialah syarikat pegangan kewangan terkemuka yang menawarkan insurans semula, takaful semula dan penyelesaian takaful melalui anak syarikat milik penuhnya Malaysian Reinsurance Berhad, Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. – KOSMO! ONLINE
The post Gaji minimum staf MNRB RM3,100/bulan appeared first on Kosmo Digital.