Auto Added by WPeMatico

![]()
NARATHIWAT, THAILAND – Cubaan sindiket untuk menyeludup kira-kira 3 juta biji pil kuda dan senjata api ke Malaysia gagal selepas pihak berkuasa Thailand menjalankan tiga serbuan di beberapa lokasi pada 1 dan 4 November lalu.
Jurucakap Bahagian Narkotik Polis Wilayah 9 berkata, polis merampas lebih 1.89 juta biji pil kuda dan menahan dua anggota sindiket dalam serbuan pertama pada 1 November lalu di kawasan semak di Mukim Nanak, Tak Bai di sini.
Menurutnya, serbuan dijalankan kira-kira pukul 9.40 malam selepas Bahagian Narkotik Polis Wilayah Narathiwat menerima maklumat awam mengenai penghantaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier.”Siasatan mendapati, kesemua dadah itu dihantar dari Tachileik, Myanmar sebelum disembunyikan di Tak Bai sementara menunggu masa untuk diseludup ke Malaysia.
“Kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran dadah dari Tachilek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jurucakap itu memberitahu, pasukan khas polis kemudian melakukan serbuan kedua dan menahan lima lagi anggota sindiket di Wilayah Yala sebelum merampas dadah beberapa pucuk pistol.
Menurutnya, polis kemudian merampas 1 juta pil kuda dalam serbuan ketika di Wilayah Pattani pada 4 November lalu.
“Pihak berkuasa turut merampas aset bernilai lebih 5.88 juta baht (RM759,099) yang dimiliki sindiket terbabit.
“Kesemua suspek akan didakwa atas kesalahan bersama-sama memiliki untuk menjual narkotik Kategori 1 yang menjejaskan keselamatan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Gagal seludup 3 juta biji pil kuda, senjata api ke Malaysia appeared first on Kosmo Digital.