Auto Added by WPeMatico

![]()
MANCHESTER – Pengurus Fulham, Marco Silva mungkin berdepan tindakan ekoran kenyataan yang dikeluarkan selepas menyaksikan skuad kendaliannya tewas 2-3 berdepan Manchester United di Old Trafford semalam.
Dalam sesi temu bual selepas perlawanan, Silva mempersoalkan integriti pengadil perlawanan, John Brooks dan pasukan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyebabkan beliau bakal berdepan hukuman penggantungan.
Silva berang apabila Brooks memberikan sepakan penalti kepada United sebelum keputusan itu dibatalkan oleh VAR, namun beliau menganggap tidak ada kesalahan berlaku dalam situasi berkenaan walaupun untuk diberikan sepakan percuma sehingga tercetus gol pembukaan menerusi Casemiro.
“Perlawanan bermula dengan keputusan teruk dilakukan oleh John Brooks. Situasi itu sangat jelas, ia sekadar halangan biasa terhadap bola. Saya faham VAR membatalkannya, tetapi keputusan awal memberikan penalti itu sangat tidak masuk akal,” katanya.
Silva juga menyindir bahawa perlawanan itu sebenarnya telah banyak diadili oleh pegawai VAR berbanding Brooks yang ditugaskan, malah mendedahkan bahawa penjelasan yang diberikan oleh pegawai keempat perlawanan juga berbeza. – AGENSI
The post EPL: Pengendali Fulham bakal dihukum kritik pengadil appeared first on Kosmo Digital.