Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyatakan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 menjadi antara fokus agenda gerakan kepenggunaan pada tahun 2026.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata akta berkenaan ialah reformasi undang-undang yang terkait dengan hak dan kepentingan pengguna yang meliputi aspek pelaksanaan, pindaan dan penggubalan kerangka perundangan berkaitan.
”Antara ikhtiar yang telah dilaksanakan bermula tahun lalu ialah memperkukuh kerangka perundangan berhubung ekosistem kredit pengguna.
”Ini termasuk penggubalan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 21 Julai 2025 dan Dewan Negara pada 4 September 2025.
”Akta 873 yang di bawah kawal selia oleh Kementerian Kewangan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 manakala keperluan pelesenan dan pendaftaran akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 dengan tempoh enam bulan diberikan kepada industri untuk permohonan ini,” katanya ketika sidang media sempena Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di pusat beli-belah Suria Sabah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Armizan memaklumkan di peringkat KPDN, ikhtiar dalam memperkukuh ekosistem kredit bagi menambah baik perlindungan pengguna ialah melalui pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 menerusi pindaan yang telah dilaksanakan pada 2026.-KOSMO! ONLINE.
The post Akta Sewa Beli fokus agenda KPDN appeared first on Kosmo Digital.
