Auto Added by WPeMatico

GOMBAK – Sebanyak enam buah rumah musnah akibat kebakaran dalam kejadian di Flat Pinggiran, Taman Pinggiran dekat Batu Caves, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 11.39 pagi.
Menurutnya, seramai 22 anggota serta empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Sungai Buloh, Gombak Selatan dan Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian.
“Komander operasi lapor kebakaran melibatkan enam buah rumah di tingkat lima flat berkenaan.
“Anggaran peratusan kebakaran iaitu tiga rumah terbakar 100 peratus, manakala tiga lagi masing-masing terbakar 80, 60 dan 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran terbabit tidak melibatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Enam rumah flat musnah terbakar di Batu Caves appeared first on Kosmo Digital.