Auto Added by WPeMatico

![]()
GUA MUSANG – Seramai 10 penduduk daripada enam keluarga di Felda Chiku 5 di sini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir kilat malam tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS di Balai Raya Felda Chiku 5 itu dibuka tengah malam tadi dan mangsa masih berlindung di PPS berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, hujan lebat berterusan kira-kira lebih tiga jam sejak pukul 7 malam, semalam menyebabkan dua jalan utama dan dua jalan kampung dilimpahi air hujan. Katanya, jalan yang dilimpahi air ialah di Jalan Gua Musang-Lojing (hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang) dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai (Persimpangan Lampu Isyarat Persimpangan Bendahara).
“Dua jalan kampung yang dinaiki air ialah di Kampung Tanah Putih dan Kampung Lepan Jaya.
“Lima kawasan perumahan turut dilimpahi air banjir iaitu di Kesedar Paloh 1, Paloh 3, Chalil, Felda Chiku 3 dan Felda Chiku 5. Limpahan air hujan di jalan utama dan kampung itu sudah surut sekitar pukul 11 malam dan boleh dilalui semua kenderaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post 10 penduduk terjejas banjir kilat di Felda Chiku 5 appeared first on Kosmo Digital.