Auto Added by WPeMatico

LIGA Bola Sepak Amatur (AFL) perlu menetapkan mekanisme lebih ketat yang perlu diikuti sebelum sebarang kelulusan diberikan kepada mana-mana pasukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan anjurannya.
Ketika populariti Liga A1 Semi Pro makin meningkat naik, ia wajar dipertahankan dan tidak boleh lagi dipalit masalah sama seperti yang sering dihidangkan di pentas Liga Super sekaligus mampu rasa yakin kepada pemain berkualiti turut serta.
Mantan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed merasakan adalah lebih baik Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) tampil sebagai ‘penjamin’ kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mengambil bahagian.
“Saya tidak pernah terlibat dalam pemilihan pasukan untuk bermain, tetapi mengikut pandangan saya, mana-mana negeri yang yang mencalonkan pasukan bermain di Liga A1 Semi Pro, mesti ada mekanisme yang ketat.
“Sebagai contoh, kalaulah pemilik kelab tidak boleh bayar gaji, siapa akan bertanggungjawab kalau pemilik itu memang sudah tidak ada kemampuan.
“Kena ada penguatkuasaan, mana-mana yang dicalonkan oleh FA, mereka (FA) pun kena bertanggungjawab sebab mereka calonkan. Saya memikirkan nasib pemain, dekat mana mereka mahu mengadu? Bila mengadu kepada FAM, FAM akan kata pemilik,” katanya.
Mohd. Firdaus yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM percaya proses memperkenalkan mekanisme tidak bermaksud menyusahkan pasukan sebaliknya ia lebih kepada memastikan kelangsungan pertandingan.
The post Liga A1 bukan saingan ‘murahan’ appeared first on Kosmo Digital.