Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Hanya selepas beberapa jam disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kumpulan Telegram Edisi Siasat telah kembali semula dengan nama baharu, Edisi Siasat 2.0.
Meskipun baru diaktifkan semula, namun kumpulan baharu itu berjaya mengumpul kira-kira 1,599 pengikut hingga pukul 9.30 malam tadi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pengendali itu adalah kumpulan sama yang mentadbir Edisi Siasat sebelum ini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, MCMC hari ini telah memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’.
Menerusi satu kenyataan, MCMC memaklumkan bahawa kedua-dua saluran itu dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.
Jelasnya, tindakan itu merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [‘ASP(C)’]. – KOSMO! ONLINE
The post Edisi Siasat ‘kembali’, kumpul lebih 1,500 pengikut appeared first on Kosmo Digital.