Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Bagai meluahkan isi hati, pelakon Edika Yusof berkongsi mengenai pengorbanan ibu bapa terhadap anak yang melambangkan kasih sayang tanpa sempadan.
Edika atau nama sebenarnya, Mohd. Yusof Abd. Majid, 58, berkata dia kecewa atas tindakan seseorang yang sudah diberikan segala-galanya namun memilih untuk melupakan kebaikan yang telah dicurahkan selama ini.
“Kami ini ibu bapa. Kami membesarkan kamu dengan darah daging sendiri, berdiri bersama setiap pengorbanan, dan memberi segala yang kami mampu.
“Namun, kamu pergi tanpa sepatah kata, meninggalkan hormat dan rasa syukur.
“Suatu hari nanti, mungkin kamu akan memahami beratnya hati seorang ibu, bapa apabila anak yang diberi segalanya berpaling,” katanya dalam InstaStory.
Biarpun tidak menyebut sebarang nama, perkongsian bapa kepada dua anak itu mencetuskan persoalan dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata menebak bahawa luahan perasaan yang dibuat dengan turut berkongsi swafoto wajahnya mempunyai kaitan dengan isu keluarga.
Sebelum ini, Edika dan isterinya, Nor Hidayah Yusri bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 5 Mei lalu.
Begitupun, mereka rujuk dua bulan selepas kemudian dengan menyatakan keputusan berkenaan dibuat atas perbincangan berdua tanpa melibatkan orang lain termasuk anak-anak mereka.
Nama aktor popular era1990-an itu menjadi perhatian berikutan kesetiaannya menjaga isteri yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.
Hasil perkongsian hidup bersama Nor Hudayah sejak 2003, mereka dikurniakan dua cahaya mata Fereena Nurulhaq dan Nazirul Afiq. Seorang lagi, Fardeen Nasrulhaq merupakan anak daripada perkahwinan pertama Hidayah. – KOSMO! ONLINE
The post Kamu pergi tanpa sepatah kata – Edika Yusof appeared first on Kosmo Digital.