Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan rasa dukacita yang mendalam berikutan insiden nahas tragik melibatkan pesawat Air India Penerbangan 171 yang terhempas berhampiran Ahmedabad, India.
Anwar menerusi catatan di Facebook berkata, beliau mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati yang setulus hati kepada keluarga dan orang tersayang kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.
“Kami turut merasai kesedihan yang dialami oleh India dan berdiri sepenuhnya bersama-sama dalam usaha bantuan yang sedang dijalankan.
“Doa dan ingatan kami bersama para mangsa serta semua yang sedang meratapi kehilangan yang amat dahsyat ini,” katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan sebuah pesawat milik Air India yang membawa lebih 240 penumpang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad hari ini ketika dalam perjalanan ke London. – KOSMO! ONLINE
The post Malaysia ucap takziah atas tragedi nahas pesawat Air India di Ahmedabad appeared first on Kosmo Digital.