Auto Added by WPeMatico

EMPAT tahun tinggal serumah bersama keluarga mentua, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui tidak pernah melakukan kerja rumah termasuk memasak.
Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, sepanjang tempoh itu, kehidupannya lebih terurus kerana dibantu tukang masak dan penjaga anak di rumah.
“Saya tinggal dengan keluarga Nabil, memang bukanlah goyang kaki tapi macam tak boleh buat apa.
“Makan orang masakkan. Dia ada tukang masak. Anak pun ada orang jaga di rumah, jadi saya boleh pergi kerja.
“Saya keluar kerja, balik rumah semuanya dah tersedia,” katanya dalam TikTok.
Pelantun lagu Memerang itu dalam masa sama memaklumkan sedang sibuk berpindah ke rumah baharu selepas kediaman miliknya siap diubah suai sepenuhnya.
“Beli rumah dah lama, tapi baru siap ubah suai dan rekaan dalaman. Sekarang masa yang sesuai untuk pindah.
“Dah empat tahun duduk dengan keluarga Nabil, jadi ini langkah baharu untuk kami,” kongsinya.
Tambahnya, dia sedikit gementar untuk mengurus rumah tangga sendiri meskipun mempunyai pembantu, memandangkan sebelum ini tidak pernah melakukan hal sebegitu secara langsung.
“Walaupun ada pembantu tapi kita mestilah macam ‘queen’ dalam rumah nak kena fikir nak masak apa, esok nak beli barang siapa yang nak beli.
“Bukan dilema, cuma tertanya boleh ke saya urus semua ni? Sebab sebelum ini tak pernah kena buat sendiri,” ujarnya.
Perkongsian jujur tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memberikan kata semangat dan berseloroh menyambut ibu dua anak itu ke alam rumah tangga sebenar.
Untuk rekod, Ayda yang mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ana Nayla, 5 dan Aali Mateen, 3. – HIBGLAM
The post Duduk dengan mentua, Ayda Jebat tak pernah buat kerja rumah appeared first on HibGlam.