Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak saudaranya yang masih di bawah umur pada Januari 2018 hingga Disember 2022 yang lalu.
Tertuduh yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah dan Hakim Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa berusia enam tahun 10 bulan dan lapan tahun di sebuah rumah di Kuala Krai kira-kira pukul 12 tengah hari pada 10 Januari 2018 dan pukul 12.30 tengah hari pada 3 Ogos 2019.
Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa merogol mangsa sama ketika kanak-kanak itu berusia 10 tahun apabila hubungan tersebut dilarang di sisi undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin di lokasi sama kira-kira pukul 3 petang pada 25 Mei 2020.
Berdasarkan tiga lagi pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang lagi anak saudara berusia 10 tahun di rumah tersebut kira-kira pukul 2.30 petang hingga 4 petang dalam tempoh 30 Ogos 2020 hingga 11 Disember 2022.
Bagi empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan hingga 30 tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Pertuduhan ketujuh dan kelapan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa kedua kira-kira pukul 2.30 petang, 11 Disember 2022.- KOSMO! ONLINE
The post Buruh didakwa perkosa, ‘sentuh’ dua anak saudara appeared first on Kosmo Digital.
