Auto Added by WPeMatico

![]()
PENGENDALI Negeri Sembilan FC (NSFC), Nidzam Jamil menganggap hanya nasib memisahkan pasukannya dengan kemenangan selepas seri 2-2 menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah semalam.
Nidzam merasakan pemainnya sepatutnya memiliki sentuhan lebih baik untuk segera mematikan kebangkitan DPMM, namun tetap menganggap satu mata sudah memadai buat NSFC.
“Kita sangat tidak bernasib baik kerana kerana dalam bola sepak, kita ada satu perkataan ‘kill the game’. Patutnya ada beberapa situasi yang kita boleh 2-1, 3-1 yang mampu mengubah perlawanan.
“Kita tidak dapat perkara itu tetapi saya gembira sebab pemain cuba dapatkan gol ketiga walaupun dalam tempoh 10 minit terakhir. Kami ambil risiko dan saya fikir pengurusan taktikal DPMM FC untuk bertahan cukup bagus,” katanya.
Dua gol NSFC dihasilkan oleh Joseph Esso dan Jovan Motika, manakala dua sepakan penalti daripada Jordan Murray menyelamatkan DPMM daripada tewas di laman sendiri.
Sementara itu, pengendali DPMM, Jamie McAllister berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan pasukannya apabila berjaya menekan NSFC pada babak pertama.
“Jika melihat kepada keseluruhan perlawanan, saya rasa ini perlawanan yang kami boleh menang berdasarkan peluang yang kami cipta pada separuh masa pertama,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Liga Super: Salah sendiri punca NSFC seri appeared first on Kosmo Digital.