Auto Added by WPeMatico

SEPANG – Tiada kesesakan luar biasa dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, susulan arahan penutupan ruang udara di beberapa negara di Asia Barat akibat konflik di rantau itu.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! di Balai Pelepasan KLIA mendapati, tiada kesesakan penumpang dilaporkan selain operasi penerbangan berjalan seperti biasa dan terkawal.
Tinjauan pada paparan skrin jadual pelepasan di KLIA turut mendapati ada beberapa penerbangan terutama ke Doha dipaparkan ‘lewat’, manakala laluan ke Jeddah pula telah dibuka seperti biasa.
Selain itu, berdasarkan tinjauan sekitar 4 petang tadi juga mendapati tiada kumpulan jemaah umrah dilihat berkumpul di tingkat 5 terminal itu.
Media sebelum ini melaporkan, sekumpulan jemaah umrah terkandas di KLIA selepas penerbangan ke Jeddah dibatalkan pada saat akhir
Difahamkan, pembatalan penerbangan itu dipercayai berpunca daripada tindakan beberapa negara Teluk menutup ruang udara mereka sebagai langkah berjaga-jaga susulan serangan Iran ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada kesesakan luar biasa di KLIA, penerbangan ke Doha dilaporkan ‘lewat’ appeared first on Kosmo Digital.