Auto Added by WPeMatico

![]()
NEW DELHI – Seorang lelaki di India menerima kecaman orang ramai selepas dirakam mencampurkan air liurnya pada doh yang diuli untuk menghasilkan roti, lapor stesen penyiaran NDTV.
Kejadian berlaku di Bulandshahr, negeri Uttar Pradesh baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @ag_Journalist menunjukkan lelaki terbabit meludah pada setiap doh yang diuli sebelum diletakkan di dalam pembakar roti.
Lebih mengejutkan, makanan itu adalah untuk dihidangkan kepada tetamu yang menghadiri sebuah majlis perkahwinan.
Pegawai kanan polis, Tejveer Singh berkata, lelaki itu dikenali pasti sebagai Danish dan dia telah ditahan kelmarin.
“Siasatan sedang dijalankan,” kata Tejveer. – AGENSI
The post Setiap doh roti kena ludah appeared first on Kosmo Digital.