Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Penantian sepasang suami isteri berasal dari Indonesia yang berdoa agar dikurniakan zuriat ketika hari Arafah tahun lalu akhirnya dimakbulkan apabila mereka menerima khabar gembira bakal menimang cahaya mata pada hari Arafah, tahun ini.
Menerusi satu perkongsian di TikTok @Biancakartika, memaparkan rakaman kenangan mereka sewaktu mengerjakan ibadah haji tahun lalu di Arafah, termasuk detik ketika mereka memohon kepada Allah agar dikurniakan zuriat.
“Doa di hari Arafah memang tidak pernah salah.
“Ya Allah, kurniakan kami keturunan di waktu terbaik kerana sesungguhnya engkau sebaik-baik perancang,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip berkenaan.
Pasangan itu turut berdoa agar semua pasangan lain yang masih menantikan zuriat turut dikurniakan rezeki anak satu hari nanti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kagum dengan keajaiban doa yang dimakbulkan tuhan.
“Sebegitu dahsyatnya doa yang dikirim terus ke pemilik langit. Minta semua orang juga mendoakan saya supaya dijemput menjadi tetamu Allah suatu hari nanti untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji,” kata @Nabitae.
“Ya Allah, mustajabnya doa di Arafah ya. Saya doakan semoga kandungan kakak sentiasa sihat juga,” komen @Lisnawati.
Dalam pada itu, orang turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah terhadap pasangan suami isteri yang sudah pun mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu itu.
“Tahniah Kak Caca! Aku menangis sekali sebab terharu sangat sepanjang tengok video ini. Semoga selalu sihat dan doakan saya juga supaya dapat buat haji juga,” ujar @Myune.
“Saya tumpang gembira mendengar khabar ini. Selamat menjalani perjalanan baru ini ya kakak,” komen @Keyzalea. -KOSMO! ONLINE
@bianca.kartika Doa di hari Arafah emang gapernah salah #pregnancyjourney #fyp ♬ original sound – biancakartika
The post [VIDEO] Doa di hari Arafah ‘mahal’ appeared first on Kosmo Digital.