Auto Added by WPeMatico

![]()
SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua agensi, jabatan dan syarikat pengendali yang terlibat dalam projek infrastruktur mempercepatkan proses pembinaan bagi memastikan kepentingan rakyat dan kestabilan ekonomi negara terjaga.
Menurut Anwar, prestasi Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa membuka pelbagai peluang pelaburan, sekali gus menuntut peningkatan prasarana yang mampu menjamin keyakinan pelabur.
“Ini menuntut kerjasama dan dasar yang progresif serta cekap antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kita perlu menjaga keamanan, kepentingan negara dan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Seberang Jaya, di sini hari ini.
Tambahnya, walaupun Malaysia telah mencapai banyak kejayaan, kelemahan harus diperbaiki dan kelewatan projek tidak sepatutnya berlaku.
“Kita membantah keras rasuah yang menjadi punca kelewatan dan memberi laluan penuh kepada Suruhanjaya Pencegaham Rasuah Malysia (SPRM), polis serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menjalankan tugas mereka. Dengan ini, dana negara dapat dikumpul, ketirisan dan pemborosan dapat dielakkan,” katanya.
Anwar menambah, projek penyuraian trafik ini bukan sahaja penting untuk Pulau Pinang, tetapi juga bagi negeri utara lain termasuk Kedahbagi mengatasi kesesakan yang telah lama menjadi keluhan rakyat.
Untuk rekod, projek PTJSD sepanjang 17.3 kilometer itu menelan kos anggaran RM3 bilion dan bertujuan menyuraikan trafik setempat yang mengganggu ekonomi, khususnya pada waktu puncak, musim cuti dan perayaan. -KOSMO! ONLINE
The post Semua projek infrastruktur perlu dipercepatkan – PM appeared first on Kosmo Digital.